Gempa bumi sederhana 5.2 skala Richter landa Utara Laut Maluku

42

6 JUN : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.57 pagi tadi.

Menurut kenyataan MetMalaysia, gegaran itu berlaku pada kedudukan 112 kilometer (km) barat daya dari Tidore, Indonesia dengan kedalaman 60km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.