6,241 kes baharu, angka terendah sejak 1 Jun

43

6 JUN: Penularan Covid-19 catatkan kes terendah sejak 1 Jun lalu dengan 6,241 kes positif harian baharu dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan meningkat kepada 616,815 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor terus menjadi negeri tertinggi iaitu 2,178 kes dicatatkan.

Dr Noor Hisham berkata ini diikuti Sarawak iaitu 600 kes, Johor (565), Negeri Sembilan (556) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (415).

Beliau berkata Sabah pula merekodkan 305 kes, Pulau Pinang (271), Kelantan (270), Perak – 174, Kedah (125), Melaka (225), Pahang (155), Terengganu (158), Labuan (212), Putrajaya (30) dan Perlis (2).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.