PKPD di beberapa lokaliti di Sabah, Perak, Pahang dan Sarawak

43

5 JUN: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, Pahang selama 14 hari, bermula lusa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan itu dikenakan apabila sehingga kini, sebanyak 22 kes positif COVID-19 dilaporkan daripada 112 ujian saringan dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kadar positiviti 20 peratus.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, Pahang berkuat kuasa 7 Jun sehingga 20 Jun 2021.

“PKPD ini bagi menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 di kawasan berisiko keluar dari lokaliti terbabit,” katanya menerusi kenyataan berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD, hari ini.

ISMAIL SABRI

Ismail Sabri berkata, PKPD turut dilaksanakan di empat rumah panjang, satu sekolah rendah dan satu klinik kesihatan di Batang Oya, Dalat, Sarawak selama dua minggu, bermula lusa.

Lokaliti itu, katanya adalah Rumah Panjang anak Umba, Rumah Panjang Tulu anak Sli, Rumah Panjang Duah anak Entingi, Rumah Panjang Balin anak Gema, Sekolah Kebangsaan (SK) St Luke dan Klinik Kesihatan Nanga Baoh.


Katanya, ketika ini, KKM mendapati berlaku peningkatan kes mendadak dalam tempoh satu minggu apabila 27 kes positif dilaporkan selepas saringan dijalankan ke atas 40 orang penghuni rumah panjang itu.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di beberapa lokaliti, termasuk empat rumah panjang di Batang Oya, Dalat, Sarawak berkuat kuasa 7 Jun sehingga 20 Jun 2021.

“PKPD ini bagi menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti terbabit,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD juga dilaksanakan di Asrama Pekerja Kilang Eco Medi Glove membabitkan Blok A, B, C dan D di, Jalan Tembaga Kuning, Mukim Taiping, Perak selama 14 hari, bermula lusa.

“Sehingga kini, sebanyak 75 kes positif dilaporkan daripada 230 ujian saringan dijalankan KKM dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti itu.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Asrama Pekerja Kilang Eco Medi Glove membabitkan Blok A, B, C dan D di Jalan Tembaga Kuning, Mukim Taiping, Perak berkuatkuasa 7 Jun sehingga 20 Jun 2021.

“PKPD ini bagi menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 di kawasan berisiko keluar dari lokaliti terbabit,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD dikenakan di dua perkampungan dalam Mukim Ulu Kinta, Perak, iaitu Kampung Jelapang Baru dan Kampung Sungai Tapah selama dua minggu, bermula esok.


“Kadar positiviti di kedua-dua perkampungan ini didapati tinggi dengan empat kes dilaporkan di Kampung Jelapang Baru selepas 93 orang penduduk disaring, manakala di Kampung Sungai Tapah, 30 orang disaring dan 11 daripadanya positif.


“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di dua perkampungan seperti dinyatakan berkuatkuasa 6 Jun sehingga 19 Jun 2021.

“PKPD ini bagi menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti terbabit,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, tiga perkampungan di Tawau, Sabah, iaitu Kampung Blok 31, Kampung Sentosa, Blok 5, Hilltop dan Kampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu dikenakan PKPD selama 14 hari, bermula lusa.


Sebanyak 31 positif, katanya, direkodkan di Kampung Blok 31 daripada ujian saringan dijalankan KKM ke atas 75 orang penduduk, manakala lapan kes positif di Kampung Sentosa, Blok 5, Hilltop (10 ujian saringan) dan 10 kes positif di Kampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu (27 ujian saringan).

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di tiga perkampungan seperti dinyatakan berkuatkuasa 7 Jun sehingga 20 Jun 2021. 

“PKPD ini bagi menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 di kawasan berisiko keluar dari lokaliti terbabit,” katanya.

Beliau berkata, PKPD juga dikenakan di FELDA Umas 4, Kalabakan, Sabah selama dua minggu, bermula esok. 

“KKM menjalankan 12 ujian saringan dan daripadanya 10 disahkan positif dengan kadar positiviti direkodkan adalah 83.33 peratus.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di FELDA Umas 4, Kalabakan, Sabah berkuatkuasa 7 Jun sehingga 20 Jun 2021.

“PKPD ini memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes supaya dapat diasingkan secepat mungkin,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, arahan PKPD turut dikenakan di Apartment Taman Permata, Sandakan, Sabah selama dua minggu, bermula lusa.

“Peningkatan kes amat ketara disahkan berlaku dalam tempoh singkat di situ, iaitu 18 kes positif direkodkan daripada 59 ujian saringan dijalankan KKM dengan kadar positiviti 30.51 peratus.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Apartment Taman Permata, Sandakan, Sabah berkuatkuasa 7 Jun sehingga 20 Jun 2021. 

“PKPD ini bagi memastikan penduduk berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan terbabit,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.