MEDAC laksana langkah terbaik bantu usahawan terkesan PKP

9

4 JUN: Langkah yang bersesuaian akan dilaksanakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bagi membantu usahawan menangani impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, antara langkah yang akan dilakukan, pihaknya akan meneruskan pelaksanaan intervensi di bawah Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi MEDAC, bantuan pembiayaan dan moratorium secara bersasar.

“Dalam pada itu, MEDAC juga akan melaksanakan siri kaji selidik seterusnya selepas dua minggu tempoh lock down dilaksanakan bagi menilai impak lanjut yang dihadapi oleh usahawan. 

“Ini termasuk langkah keberkesanan intervensi yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya sidang media secara maya berhubung Laporan Kaji Selidik Impak Pelaksanaan PKP Terhadap Usahawan di negara ini, hari ini. 

Dalam pada itu, Wan Junaidi menggesa masyarakat agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan memainkan peranan bersama menjaga keselamatan dan kesihatan melalui pengambilan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). 

“Sokongan kepada pelaksanaan program ini akan membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara dan mengembalikan semula kualiti kehidupan rakyat yang teruk terjejas ketika pandemik.

“Saya juga berharap dengan penyebaran maklumat antivaksin kerana senario telah membukti di England, rakyat mereka kini dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa selepas program imunisasi komuniti telah berjaya,” katanya.

Terdahulu, menerusi sidang media itu juga, seramai 3,855 responden terlibat dalam kaji selidik yang dilaksanakan oleh Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Daripada jumlah tersebut, majoriti 58 peratus adalah perusahaan mikro manakala bakinya adalah perusahaan kecil, dan sederhana, koperasi dan informal.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.