NASA rancang lancar misi ke planet Zuhrah tahun 2028-2030

26

3 JUN : Dua misi ke planet Zuhrah akan dilancarkan paling lewat penghujung dekad ini oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) dalam satu pengumuman yang dibuat agensi berkenaan.

Menurut pentadbir baharu NASA, Bill Nelson, misi ke Zuhrah itu terarah kepada matlamat untuk mempelajari persekitaran planet berdekatan.

Peruntukan sebanyak AS$500 juta diberikan untuk program berkenaan menerusi Program Penerokaan NASA, di mana setiap satunya dijangka dilancarkan dalam tempoh antara 2028 hingga 2030.

Dua misi tersebut yang diberi nama DAVINCI+ Veritas masing-masing mempunyai misi tersendiri dalam misi kajian ke planet tersebut.

MIisi DAVINCI + akan menumpukan penyiasatan Atmosfera Dalaman Zuhrah mengenai Gas Lengai, Kimia dan Pengimejan, bakal mengumpulkan perincian berhubung kandungan karbon dioksida pada atmosfera Zuhrah, bagi meneroka aspek pembentukan dan evolusinya.

Manakala  VERITAS, iaitu singkatan kepada Kadar Radiasi Zuhrah, Sains Radio, InSAR, Topografi dan SpektroskopiIa menjalankan misi untuk memetakan keseluruhan permukaan Zuhrah, iaitu dari orbit sehingga mencakupi aspek sejarah geologi planet berkenaan.

Kali terakhir NASA melakukan misi penerokaan angkasa lepas di Zuhrah, ialah menerusi Magellan, yang mendarat pada 1990, namun beberapa kapal angkasa lain turut melakukan penerbangan melepasi Zuhrah selepas itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.