Wanita hamil, susukan anak disaran ambil vaksin Pfizer

61

2 JUN: Wanita hamil atau sedang menyusukan anak kini boleh mengemaskini status pendaftaran vaksin mereka di aplikasi MySejahtera.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata janji temu golongan itu akan dibuat berdasarkan vaksin sesuai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Anda boleh memasukkan bulan dan tahun melahirkan anak serta status penyusuan,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Sebelum ini, Khairy memaklumkan ibu hamil dan menyusukan anak hanya disaran mengambil vaksin COVID-19 jenis Pfizer.

Katanya, kedua-dua golongan itu tidak disarankan menerima Sinovac dan AstraZeneca kerana data keberkesanan serta kesan sampingan membabitkan dua vaksin itu kepada mereka tidak mencukupi.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), jelasnya, sudah diarah untuk mengatur dan menyelaras dengan hospital serta pusat pakar perubatan ibu dan kanak-kanak untuk mengutamakan pengagihan vaksin Pfizer kepada ibu mengandung.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.