Pendaki buta pertama Asia tawan Gunung Everest

23

2 JUN: Seorang lelaki berusia 46 tahun dari China menempa sejarah sebagai individu cacat penglihatan pertama di Asia dan ketiga di dunia menawan Gunung Everest.

Zhang Hong berjaya menawan puncak tertinggi di dunia itu dari kawasan Nepal dengan melengkapkan pendakian setinggi 8,849 meter di Gunung Himalaya, 24 Mei lalu dan kembali ke Base Camp, 27 Mei.

Dia ditemani di tiga malim gunung yang mahir dan berpengalaman.

“Tidak kisah sama ada anda normal atau kelainan upaya, sama ada kehilangan penglihatan atau tiada kaki mahupun tangan, selagi mempunyai minda yang kuat selagi itulah anda boleh membuktikan perkara yang dinafikan oleh orang lain,” katanya.

Zhang lahir di bandar Chongqing terletak di barat daya China hilang penglihatan sejak berusia 21 tahun akibat mengalami glaukoma iaitu sejenis penyakit saraf mata.

Dia mendapat inspirasi daripada Erik Weihenmayer, seorang lelaki buta Amerika Syarikat yang menawan puncak Everest pada 2001.

Lelaki itu mendapat bimbingan dan latihan dari malim gunung, Qiang Zi.

Nepal membuka semula Gunung Everest sejak April lalu kepada pendaki luar selepas ditutup tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

“Saya masih sangat kerana tidak mampu melihat di mana saya berjalan, dan tidak mampu mencari pusat graviti, adakalanya saya jatuh.

 “Bagaimanapun, saya positif…walaupun sukar dan bahaya, saya perlu menghadapinya kerana ia sebahagian daripada cabaran mendaki. Cabaran inilah yang memberi makna pada aktiviti mendaki,” kata Zhang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.