China wajibkan kerusi keselamatan kanak-kanak

24

2 JUN: China menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak bermula semalam bagi melindungi mereka ketika berada dalam kenderaan.

Undang-Undang Perlindungan Individu Bawah Umur yang dipinda itu kali pertama dimasukkan ke dalam undang-undang kebangsaan negara China.

Penggunaan kerusi itu disifatkan kaedah paling berkesan untuk melindungi keselamatan kanak-kanak ketika berada dalam kenderaan.

Menurut Laporan Status Keselamatan Jalan Sejagat 2018 yang diedarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak mampu mengurangkan kes kematian sekurang-kurangnya sehingga 60 peratus.

Daripada 175 negara yang menyertai kaji selidik itu, terdapat 84 negara menguatkuasakan undang-undang berkaitan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Menurut perkara 18 Undang-Undang Perlindungan Individu Bawah Umur China, ibu bapa atau penjaga wajib “menyediakan kerusi keselamatan kanak-kanak dan mendidik golongan di bawah umur mematuhi peraturan trafik bagi mengelakkan kemalangan”.

Sehingga kini, beberapa bandar seperti Shanghai, Shenzhen dan Suzhou telah mewajibkan penggunaannya.

Shanghai mengubal undang-undang itu pada tahun 2013 yang menyatakan ia satu kesalahan membenarkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun berada di kerusi bahagian penumpang hadapan atau di bawah umur empat tahun menaiki kenderaan tanpa kerusi keselamatan kanak-kanak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.