PKPD di beberapa lokaliti di Sarawak, Sabah

13

1 JUN: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Bunut dan Rumah Panjang Undum Anak Anchih, Sungai Duan di Mukah, Sarawak, selama 14 hari, bermula lusa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata arahan itu dikenakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan berlaku penularan jangkitan dalam komuniti tempatan apabila sebanyak 29 kes positif direkodkan ujian saringan dijalankan ke atas 166 orang di Kampung Bunut. 

Katanya, manakala di Rumah Panjang Undum Anak Anchih, sebanyak 12 kes positif direkodkan daripada 56 ujian saringan dijalankan dengan kadar positiviti 21.43 peratus.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di kedua-dua lokaliti seperti dinyatakan bermula 3 Jun sehingga 16 Jun 2021.

ISMAIL SABRI

“PKPD ini bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk terbabit, seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain,” katanya menerusi kenyataan berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD juga dilaksanakan di tiga lokaliti, iaitu Taman Nikmat, Kampung Pirasan dan Kampung Dundau di Kota Belud, Sabah selama dua minggu, bermula lusa.

“Pelaksanaan ini dibuat selepas KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes ketara di ketiga-tiga lokaliti terbabit apabila sebanyak lapan kes positif direkodkan di Taman Nikmat, tujuh kes di Kampung dan lapan kes di Kampung Dundau.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di ketiga-tiga lokaliti seperti dinyatakan bermula dari 3 Jun sehingga 16 Jun 2021.

“PKPD ini bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk terbabit dan mengasingkan kontak rapat, sekali gus mengekang penularan COVID- 19 ke kawasan lain,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD turut dilaksanakan di Kampung Simpangan, Tuaran, Sabah selama 14 hari, bermula lusa.

“Arahan ini dikenakan selepas KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes ketara di lokaliti terbabit apabila sebanyak lapan kes positif direkodkan hasil daripada 10 ujian saringan dijalankan. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kampung Simpangan, Tuaran, Sabah bermula dari 3 Jun sehingga 16 Jun 2021.

“PKPD ini bagi memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes bagi tujuan pengasingan dan melaksanakan saringan bagi kontak rapat,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PKPD Rumah Panjang Wun anak Ering, Tanjung Manis, Mukah, Sarawak yang sepatutnya dijadualkan tamat esok, dilanjutkan sehingga 16 Mei ini.

Jelasnya, sepanjang tempoh itu, KKM menjalankan 172 ujian saringan dan 29 daripadanya disahkan positif, manalah masih berlaku penularan dan kes baharu dalam kalangan penghuni di situ. 

Bagaimanapun, katanya, terdapat penurunan baki kes aktif membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bakerkong, Bakerkong, Tanjung Manis dan kluster adalah terkawal. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Rumah Panjang Wun anak Ering, Tanjung Manis, Mukah, Sarawak bermula 3 Jun sehingga 16 Jun 2021 dan menamatkan PKPD SK Bakerkong pada 2 Jun 2021, seperti dijadualkan,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, PKPD Lorong 2, Kampung Kongsi 8, Tawau, Sabah yang dijadualkan sehingga 12 Mei ini akan ditamatkan esok.

KKM, katanya menjalankan 295 ujian saringan dan 40 daripadanya disahkan positif.

Penurunan kes, katanya, turut disahkan dilokaliti terbabit dan kluster adalah terkawal.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Lorong 2, Kampung Kongsi 8, Tawau, Sabah pada 2 Jun 2021, lebih awal daripada dijadualkan,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.