Pemohon Kecewa Laman Web CIMS 3.0 gagal berfungsi

167

31 MEI : Pemilik syarikat khususnya sektor-sektor yang dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di bawah pengendalian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kecewa apabila laman web permohonan itu gagal berfungsi dengan baik hari ini.

Kekecewaan mereka berasas kerana biarpun berpuluh kali mencuba, pasti akan menghadapi pelbagai masalah untuk seperti laman web tidak boleh diacess di samping banyak kekeliruan yang berlaku terhadap kepada mereka yang ingin mendaftarnya. 

Seorang kontraktor yang hanya mahu dikenali sebagai Faiz mempersoalkan adakah MITI tidak membuat persediaan rapi dan meramalkan kemungkinan peningkatan trafik, berikutan ramai pemilik-pemilik syarikat yang ingin melakukan pendaftaran untuk merentas daerah mahupun negeri.

“Apa yang saya pelik, saya telah pun memohon surat melalui website CIMS Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan bila dah selesai dia suruh mohon menerusi CIMS MITI yang bila saya mohon hanya sektor perkilangan sahaja dibenarkan. 

“Perkara ini amat menyulitkan kami semua dan tindakan kerajaan melaksanakan PKP penuh saya sokong,  namun jika kesusahan begini untuk kami, ia amat memeningkan kerana jika surat tak lengkap nanti kami yang dikompaun. 

“Justeru saya mengharapkan agar tiada kekeliruan yang berlaku seperti ini. Macam kami seperti kontraktor, tidak perlu untuk kami mohon dengan MITI semula kerana telah pun memohon kebenaran dari mereka.

“Harap dipermudahkan untuk kami senang berurusan di luar daerah dan negeri, “katanya ketika dihubungi PN BBC Portal, hari ini. 

Sementara itu, Mohd Shakir, 29 amat kesal dengan laman web permohonan di CIMS 3.0 yang seharusnya pihak Kementerian telah bersedia dengan jumlah penggunaan trafik yang tinggi pada beberapa hari ini disebabkan pelaksanaan penuh PKP. 

Menurut beliau, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan lagi memudahkan pemilik syarikat, malah memberi kesulitan sehingga masih yang tidak memulakan perniagaan kerana masih tiada surat kebenaran dari MITI.

“Saya rasa dah banyak kali saya buka namun masih tidak boleh diakses untuk saya daftar. Kalau sampai esok atau lusa masih begini, nampak gayanya saya masih tidak dapat membuka kedai saya.

“Saya berharap agar kerajaan tak kira apa pun jua Kementerian menambah baik laman web masing masing kerana apa yang sedang terjadi ini bukan sahaja memberi imej buruk negatif, malah menyusahkan rakyat,” katanya.

Sementara itu, wartawan PN BBC sendiri sudah mencuba lebih daripada 10 kali untuk mendaftarkan syarikat sama ada menggunakan telefon bimbit dan komputer riba, namun hampa kerana gagal berbuat demikian biarpun lebih sejam mencuba.

Sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak MITI dan Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali dan PN BBC Portal cuba menghubungi namun masih belum mendapat sebarang maklumat lanjut– Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.