Kes Sembuh Tertinggi Lepasi Angka 6,000

33

1 JUN: Malaysia hari ini merekodkan kes sembuh COVID-19 tertinggi sejak wabak terbabit melanda negara ini iaitu 6,083 kes dengan 27 kluster dan 71 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terbabit menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 496,121 kes manakala 572,357 kes positif dengan kes aktif meningkat kepada 80,474 kes berbanding semalam, iaitu 79,523 kes. 

Menurut beliau, jumlah kes kematian wabak tersebut pada hari ini merekodkan kembali peningkatan kematian setelah berlakunya penurunan dua hari berturut-turut yang menjadikan jumlah kumulatif kematian kes pandemik terbabit di Malaysia adalah sebanyak 2,867 kes atau 0.49 peratus daripada keseluruhan kes.

NOOR HISHAM

“Sebanyak 71 kes kematian pada hari ini melibatkan 28 kes di Selangor, lapan kes di Johor, tujuh kes di Sarawak, enam kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima kes di Kelantan, empat kes di Melaka dan tiga kes di Kedah. 

“Selain itu, masing-masing dua kes di Negeri Sembilan, Terengganu, dan Perak,serta masing-masing satu kes di Sabah, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Pulau Pinang,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian COVID-19, hari ini. 

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan kes baharu hari ini mencatatkan 7,105 dan daripada jumlah itu, 7,103 kes daripada adalah kes tempatan manakala dua merupakan kes import. 

“Jumlah kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini pula adalah seramai 872 orang termasuk dan 419 yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Mengulas mengenai 27 kluster baharu, Noor Hisham berkata, 13 kluster berkaitan tempat kerja, lapan kluster komuniti, tiga kluster keagamaan, satu masing masing merupakan Institusi Pendidikan Berdaftar KPM dan kumpulan berisiko tinggi. 

Menurut beliau, terdapat empat kluster tempat kerja di Selangor iaitu Jalan Enggang, Persiaran Bestari, Batu Empat Kampung Jawa dan Jalan Setia Perdana di samping tiga lagi kluster tempat kerja berada di Johor iaitu Jalan NIP, Dataran Larkin dan Jalan Suka Ria. 

“Di Pulau Pinang, ada dua kluster baharu di tempat kerja iaitu di Hala Kampung Jawa Dua serta Lebuh Kampung Jawa dan selebihnya kluster tempat kerja adalah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur; Jalan Haji Lampam, Sarawak dan Panchor di Kelantan. 

“Bagi kluster komuniti, tiga darinya adalah di Kelantan iaitu di Kampung Bukit Bidang, Kampung Paloh Chicha Tinggi dan Lubok Kuin dan selebihnya di Belah Dua, Pulau Pinang; Indah Paka, Terengganu; Tengah Hulu Gedong, Sarawak; Linggiu, Johor dan Teluk Muroh di Perak. 

“Bagi kluster keagamaan, dua daripadanya ada di Perak iaitu Taman Kerian Tambahan serta Parit Wajib Wahab dan satu di Johor iaitu Parit Babok. 

Sementara itu, Noor Hisham berkata, Jalan Taman Sri Selising, Kelantan merupakan Kluster baharu Institusi Pendidikan Berdaftar KPM manakala Persiaran Raja Chulan merupakan kluster baharu dalam kategori Kumpulan Berisiko Tinggi hari ini. 

Tambah Noor Hisham, jumlah keseluruhan kluster kini berjumlah 2,215 dan sebanyak 1,547 kluster telah ditamatkan di samping hanya 668 kluster yang masih aktif. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.