Anak ketiga pasangan panda gergasi selamat dilahirkan

44

1 JUN: Pasangan panda gergasi di Pusat Konservasi Giant Panda, Zoo Negara selamat melahirkan anak ketiga kira-kira jam 8.30 malam, semalam. 

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memaklumkan anak pasangan Xing Xing dan Liang Liang merupakan kelahiran ketiga sejak berada di Malaysia pada tahun 2014.

“Anak pertama dan kedua iaitu Nuan 
Nuan dan Yi Yi dilahirkan masing-masing pada 18 Ogos 2015 dan 14 Januari 2018.

“Pada masa ini jantina anak panda ini masih belum dapat dikenalpasti kerana ianya masih di bawah jagaan rapi ibunya dan tidak dapat didekati. 

“Petugas Zoo Negara akan terus memantau dan mengawasi Liang Liang dan anaknya bagi tempoh 24 jam,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Menerusi kenyataan sama, Perhilitan memberitahu kelahiran anak panda gergasi kali ketiga ini merupakan satu lagi kejayaan kepada usaha konservasi Panda Gergasi di bawah Program Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China yang dimeterai pada tahun 2012.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.