PKP 3.0: Industri berasaskan eksport terkesan

33

31 MEI: Pelaksanaan sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 fasa pertama yang bermula esok akan memberi kesan kepada ekonomi kerana industri berorientasikan eksport juga akan mengalami tekanan, kata Ambank Research.

Ambank berkata, ia susulan daripada sekatan dikenakan terhadap operasi dan pengangkutan serta gangguan dalam rantaian bekalan domestik.

Bagaimanapun, sektor itu dijangka pulih lebih pantas selepas tamat fasa sekatan itu pada 14 Jun berikutan permintaan global yang semakin meningkat kerana produk eksport dan rakan dagang utama Malaysia kekal kukuh dan jangkaan mengenai kadar vaksinasi tempatan yang lebih baik.

Pada bulan April, pemulihan permintaan luaran secara berterusan dalam persekitaran kesan asas rendah telah mendorong pertumbuhan eksport bulanan terpantas sejak Mac, tahun 1998, meningkat 63.0 peratus tahun ke tahun.

Import meningkat 24.4 peratus tahun ke tahun pada April manakala lebihan perdagangan berjumlah RM20.5 bilion, menjadikan pertumbuhan eksport tahun ini hingga 29.6 peratus, katanya.

“Namun demikian, kami kekal optimis bahawa persekitaran operasi perniagaan dapat dengan cepat apabila satu lagi langkah rangsangan bersasar dilakukan dan langkah-langkah pencegahan secara berperingkat dilaksanakan pada awal separuh kedua tahun ini.

“Ketika ini, kami mengekalkan unjuran untuk eksport dan import masing-masing berkembang sebanyak 15 peratus dan 13 peratus,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.