Pelakon Tarzan, Joe Lara, isteri maut nahas pesawat

41

31 MEI: Pelakon Amerika, Joe Lara yang membintangi ‘Tarzan: The Epic Adventures’ terkorban dalam nahas pesawat bersama isterinya dan beberapa orang lain, lapor agensi berita Sputnik, memetik akhbar ‘The Tennessean’.

Lara, 58, antara tujuh yang terbunuh dalam nahas pada Sabtu itu, lapor akhbar tersebut memetik kenyataan polis pada Ahad. Mangsa lain termasuk isterinya, Gwen Lara, 66 dan lima lagi penumpang.

JOE LARA dan isteri, Gwan terkorban dalam nahas pesawat di Tennessee.

Pesawat Cessna C501 terhempas ke dalam tasik Percy Priest berhampiran Smyrna, sebuah bandar di Rutherford County, Tennessee, pada Sabtu pagi, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Smyrna Rutherford County.

Pesawat itu dijadual menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, Florida, menurut pegawai kecemasan.

Pihak berkuasa mengesahkan semua tujuh penumpang maut.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB) telah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.