Biden janji desak Putin hormati hak asasi manusia di Geneva

3

31 MEI : Hubungan dingin antara Amerika Syarikat dan Russia dijangka akan menjadi lebih baik atau sebaliknya ekoran kedua-duanpemimpin dijangka akan bertemu muka dalam sidang kemuncak Geneva bulan depan.

Ini merupakan pertemuan Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Joe Biden secara bersemuka dengan Presiden Russia, Vladmir Putin beberapa tahun hubungan antara dua negara dilihat tegang.

Biden pula berjanji di dalam sidang kemuncak Geneva itu akan terus mendesak Vladnir Putin untuk mempertahankan hak asasi manusia.

Sejak Biden mengalahkan bekas presiden, Donald Trumph dan dilantik menjadi Presiden Amerika yang baharu, beberapa sekatan terhadap Moscow telah dilaksanakan beliau kerana peranan Russia dalam serangan siber SolarWinds dan campur tangan dalam pemilihan Presiden AS 2020.

Biden turut mengkritik Moscow  dalam isu ketus pembangkang utama Putin,  Alexei Navalny,  yang dikatakan hampir mati diracun sebelum dipenjarakan.

Begitu juga dengan isu membabitkan Belarus yang dikuasai Russia, di mana pihak berkuasa memaksa sebuah pesawat mendarat untuk menahan Alexander Lukashenko, yang turut lantang menentang pentadbiran Putin , yang menaiki penerbangan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.