Dua beregu negara juara di kejohanan Terbuka Austria

55

31 MEI: Beregu campuran badminton negara, Choong Hon Jian dan Toh Ee Wei, meraih kemenangan ketiga tahun ini, selepas menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Austria yang berlangsung di Raiffeisen Sportpark di Graz, Austria, malam tadi.

Sebelum ini, pasangan muda itu, memenangi dan Kejohanan Antarabangsa Slovenia 2021, minggu lalu.

Hon Jian dan Ee Wei menewaskan pilihan pertama kejohanan, iaitu William Villeger dan Sharone Bauer dari Perancis dalam aksi final selepas mencatat kemenangan 16-21, 21-9, 21-19 dalam tempoh 46 minit.

Selain itu, pasangan beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri membanggakan negara apabila berjaya membawa pulang pingat emas selepas menewaskan Lucas Corvee dan Ronan Labar dari Perancis dengan keputusan 21-17, 21-15 pada aksi final.

Bagaimanapun, beregu wanita negara, Anna Ching Yik Cheong dan Yap Cheng Wen tewas 11-21, 16-21 kepada pasangan Indonesia, Ni Ketut Mahadewi Istarani dan Serena Kani.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.