119 Kes VOC, VOI COVID-19 Direkodkan

19

31 MEI: Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesahkan kewujudan 119 lagi kes Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) melalui survelan genomik yang dijalankan sehingga hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah ini, sebanyak 14 kes adalah jangkitan import dari luar negara, manakala 105 kes lagi adalah jangkitan dalam negara.

Menurut beliau, daripada jumlah 119 kes yang dikesan tersebut, 104 kes adalah VOC dan 15 kes adalah VOI.

“Bagi kes VOC, 89 kes adalah varian B.1.351 dan kesemua kes jangkitan dalam negara); sembilan kes adalah varian B.1.1.7 di mana lima kes jangkitan import dan empat kes jangkitan dalam negara) manakala enam lagi kes varian B.1.617 dan kesemuanya jangkitan import. 

NOOR HISHAM

“Bagi kes VOI, 12 kes adalah varian P.3 di mana kesemua kes jangkitan dalam negara  dan tiga kes adalah varian B.1.525 dan kesemua kes jangkitan import,” katanya menerusi kenyataan perkembangan COVID-19, hari ini. 

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan jumlah kes kematian COVID-19 di seluruh negara hari ini adalah 67, sekali gus negara merekodkan penurunan dua hari berturut-turut.

Menurut beliau, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kes pandemik terbabit di Malaysia adalah sebanyak 2,796 kes.

“Sebanyak 67 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 15 kes di Selangor, 12 kes di Johor, lapan kes diSarawak, enam kes di Kedah dan masing-masing lima kes di Negeri Sembilan dan Kelantan. 

“Empat kes di Pahang, masing-masing tiga kes di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Melaka, dua kes di Sabah, serta satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya. 

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan kes baharu hari ini mencatatkan 6824 dan daripada jumlah itu, 6995 kes daripada adalah kes tempatan manakala empat merupakan kes import. 

“Bagi kes sembuh baharu dilaporkan sebanyak 5,251 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh akibat pandemik itu melonjak kepada 490, 038 atau 85. 62 peratus daripada keseluruhan kes.

“Jumlah kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini pula adalah seramai 851 orang termasuk dan 442 yang memerlukan bantuan pernafasan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 79,523 atau bersamaan 13. 89 peratus,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan terdapat 25 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini. 

“Jumlah keseluruhan kluster kini berjumlah 2,188 dan sebanyak 1,533 kluster telah ditamatkan di samping hanya 655 kluster yang masih aktif,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.