Mufti Perak Meninggal Dunia

64

30 MEI: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi. 

Zamri memaklumkan Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang pada Ahad.

“Seluruh warga kerja Jabatan Mufti Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Harussani,” katanya. 

Beliau turut berkongsi gambar tertera ucapan takziah atas pemergian Allahyarham.

Sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini selepas disahkan positif COVID-19.

Ucapan takziah atas kematian Allahyarham turut dimuatnaik di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.