Kanak-kanak dijangkiti COVID-19 di Kelantan membimbangkan

37

30 MEI: Kerajaan Kelantan bimbang ekoran kadar jangkitan pandemik COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun di negeri itu semakin membimbangkan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata antara lokasi tertinggi jangkitan yang dikesan melibatkan golongan kanak-kanak ialah di Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat.

“Daripada data yang kita terima, dianggarkan 18 peratus kanak-kanak telah terkena jangkitan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini,

DR IZANI

Dr Izani berkata, berdasarkan kepada maklumat, ia berpunca daripada golongan ibu bapa terkena jangkitan dan kemudian membawa pulang wabak itu ke rumah.

Jelasnya, lebih memburukkan keadaan apabila ada ibu bapa yang tidak peka telah membawa keluar anak-anak mereka berjalan-jalan.

“Ibu bapa kena mengambil serius perkara ini dengan tidak mendedahkan anak-anak kepada risiko jangkitan.

“Patuhilah prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan ingatlah kita masih belum menang melawan COVID-19,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.