KPDNHEP nasihat orang ramai jangan buat pembelian panik

36

29 MEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), menasihatkan orang ramai agar tidak membuat pembelian panik, susulan pelaksanaan fasa pertama penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi, bermula Selasa depan.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, KPDNHEP memberi jaminan bahawa bekalan barang keperluan tetap boleh dibeli dan dijamin mencukupi ketika pelaksanaan arahan itu.

“Bertenang, jangan panik. Patuhilah SOP, elakkan pembelian panik, bekalan barangan keperluan tetap boleh dibeli dan dijamin mencukupi,” menurut hantarannya di media sosial itu.

Semalam, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi bermula 1 sehingga 14 Jun depan bagi fasa pertama di seluruh negara.

Justeru, sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi, kecuali sektor perkhidmatan dan sektor ekonomi perlu yang akan disenaraikan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.