Khairuddin nafi gosip liar, akan ambil tindakan udang-undang

195

29 MEI: Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali, hari ini menafikan sekeras-keras ‘gosip liar’ yang mendakwa beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Mawar Karim iaitu bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar, seperti digembar-gemburkan di media sosial baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mengesahkan segala cerita yang disensasikan kononnya beliau ditahan bersama Mawar ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Jalan Raya (SJR) di Perasing, Kemaman, Terengganu, baru-baru ini adalah tidak benar dan berniat menjatuhkan reputasinya semata-mata.

“Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya.

“Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar terbabit,” katanya dalam satu kenyataan ringkas menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik, mengesahkan bahawa Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman kini mengambil alih siasatan berhubung kes penahanan Khairuddin ketika melalui SJR di Perasing, Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.

Berikutan itu Roslee berkata sebarang perkembangan kes harus dirujuk pada USJT memandangkan unit itu sudah mengambil alih siasatan.

Roslee juga mengesahkan kenderaan yang dinaiki Ahli Parlimen Kuala Nerus berkenaan ditahan polis ketika melalui SJR Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa Khairuddin ditahan polis ketika melalui SJR berkenaan bersama seorang wanita iaitu, Mawar Karim iaitu bekas isteri pelakon Fizo Omar.

Mesej yang tular berkenaan turut menyebut Khairuddin dikatakan berang dan tidak puas hati kerana polis tetap melakukan pemeriksaan ke atasnya biarpun dia sudah memperkenalkan diri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.