Harussani masih di ICU, isteri semakin pulih

30

28 MEI: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak selepas disahkan positif COVID-19, minggu lalu, masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Perkara itu disahkan anak beliau, Datuk Ahmad Wafi Harussani ketika dihubungi Portal PN BBC, hari ini.

“Tan Sri setakat ini masih dirawat di ICU buat masa sekarang,” katanya.

Katanya lagi,  ibunya juga semakin pulih, telah dibenarkan pulang dan kini berada di kediaman mereka. 

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad, mengesahkan Harussani dan isterinya disahkan positif COVID-19, selepas perkara itu dimaklumkan Jabatan Mufti Perak.- Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.