KKM rayu masyarakat jadi sukarelawan

38

27 MEI: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merayu orang awam tampil mendaftar sebagai sukarelawan bagi membantu Kementerian Kesihatan berperang untuk melawan penularan COVID-19 yang semakin parah di Malaysia.

Dr Noor Hisham berkata penyertaan individu berkenaan sebagai sukarelawan penting bagi membantu meringankan bebas petugas kesihatan di seluruh negara.

Beliau berkata, tenaga sukarelawan amat diperlukan ketika negara, terutama sektor kesihatan “sedang berperang” dengan wabak Covid-19.

“Tenaga sukarelawan ini amat diperlukan bagi meringankan beban yang dipikul petugas kesihatan kami di seluruh negara,” katanya.

Noor Hisham berkata, mereka yang berminat untuk berbakti sebagai sukarelawan boleh melengkapkan borang di pautan: https://forms.gle/ktiuH2mjRePBCZLm9.

“Sebarang pertanyaan lanjut sila e-mel kepada: [email protected],” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.