Biden mahu laporan asal-usul COVID-19 dalam 90 hari

15

27 MEI: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengarahkan agensi perisikannya menyiapkan laporan mengenai asal-usul COVID-19 dalam tempoh tiga bulan.

Beliau menggesa agensi perisikannya untuk melipatgandakan usaha untuk mengumpul dan menganalisis maklumat sekali gus dapat mengetahui punca sebenar wabak berkenaan.

“Saya mahu tahu sama ada wabak ini yang pertama kali dikesan di China, berpunca daripada sumber haiwan atau akibat kemalangan di makmal.

“Mereka diarah melaporkan kembali kepada saya dalam tempoh 90 hari,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih.

Menurut Biden, kini terdapat dua kemungkinan berhubung sumber virus yang sudah menjangkiti hampir 170 juta penduduk dunia dan mengorbankan lebih 3.5 juta nyawa.

Dua kemungkinan tersebut ialah berlaku di pasar di Wuhan, China, atau melalui makmal penyelidikan.

Jawapan persoalan itu mempunyai implikasi besar buat China, yang menegaskan ia tidak bertanggungjawab terhadap wabak terbabit dan juga kepada politik AS, di mana teori makmal digunakan oleh Republikan untuk menyerang Beijing.

Mac lalu, Biden berkata beliau meminta laporan berhubung asal usul virus, termasuk sama ada ia berpindah kepada kontak manusia daripada binatang yang dijangkiti atau akibat kemalangan di makmal, khususnya Institut Virologi Wuhan (WIV).

“Setakat ini, perisikan AS menyatukan dua senario yang mungkin berlaku tetapi belum mencapai kesimpulan yang pasti mengenai persoalan ini,” katanya. 

Kontorversi asal usul virus tersebut memburukkan lagi hubungan China dan AS.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.