Vigneswaran pertahan kerusi Presiden MIC tanpa dicabar

32

26 MEI: Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berjaya mempertahankan jawatan disandangnya sekarang selepas tiada calon lain menawarkan diri untuk mencabarnya merebut kerusi nombor satu berkenaan bagi penggal 2021-2024 pada pemilihan parti kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Presiden MIC, Tan Sri G Rajoo mengumumkan keputusan itu selepas Vigneswaran muncul sebagai satu-satunya calon untuk jawatan berkenaan apabila pencalonan ditutup pada jam 1 tengah hari tadi.

Rajoo berkata Vigneswaran menerima sokongan 3,620 daripada 3,808 cawangan MIC di seluruh negara.

“Saya berterima kasih kepada seluruh warga MIC dan ketua-ketua cawangan kerana memberi sokongan kepada saya untuk memimpin parti bagi masa tiga tahun yang akan datang,” katanya kepada selepas proses pencalonan itu di Ibu Pejabat MIC di Kuala Lumpur hari ini.

Untuk rekod pada pemilihan lalu, Vigneswaran menang jawatan Presiden MIC tanpa ditandingi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.