Tajuddin disiasat tidak pakai pelitup muka

49

26 MEI: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang dikatakan tidak memakai pelitup muka ketika sidang media selepas meninjau lokasi kemalangan membabitkan dua tren LRT di ibu negara, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah, berkata polis membuka kertas siasatan video memaparkan Ahlu Parlimen Pasir Salak berkenaan yang tidak memakai pelitup muka tular di media sosial.

Berikutan itu, Mohamad Zainal berkata polis akan memanggil semua pihak yang terbabit dalam kes berkenaan  ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan dalam masa terdekat ini.

“Siasatan kes berkenaan  akan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

“Siasatan juga dijalankan mengikut Peraturan 17 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mohamad Zainal berkata, kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan

Semalam, video Tajuddin menjawab soalan wartawan berkait insiden perlanggaran tren transit aliran ringan (LRT) KLCC dalam sidang media selepas meninjau kawasan kemalangan itu tular di media sosial.

Berikutan itu, Zainal turut mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kegagalan mematuhi SOP membolehkan tindakan tindakan diambil mengikut undang-undang dan peraturan berkuat kuasa,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.