Harga Petrol, Diesel Kekal hingga 2 Jun

16

25 MEI: Harga semua jenis petrol dan diesel tidak berubah mulai tengah malam ini hingga 2 Jun depan. 

Harga RON97 kekal RM2.61 manakala RON95 dan diesel masing-masing masih berharga RM2.05 serta RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global,

“Harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan, “katanya – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.