Agong, Permaisuri Agong zahir ucapan Hari Wesak

15

26 MEI: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di negara ini.

Menerusi kenyataan Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari bermakna kepada penganut agama Buddha itu disambut dalam norma baharu dengan mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

“Bersabarlah menghadapi cabaran ini dan marilah bersama-sama memainkan peranan membantu memerangi COVID-19.

“Bersama-samalah berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan,” titah Seri Paduka Baginda berdua menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.