7,478 Kes Baharu Harian COVID-19 Tertinggi

12

26 MEI: Malaysia sekali lagi mencatat kes harian COVID-19 tertinggi iaitu 7, 478 kes hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan kumulatif 533,367 kes direkodkan negara ketika ini. 

Menurut beliau, Selangor hari ini mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,455  ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 760 dan Sarawak 640.

“Manakala, Johor (587), Kelantan (547), Kedah (542), Pulau Pinang (420), Negeri Sembilan (370),Perak (264), Melaka (230), Sabah (229), Terengganu (177),Pahang dan (171). 

“Hanya dua negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 iaitu Wilayah Persekutuan Labuan (49) kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (29) dan hanya satu negeri di bawah 10 kes iaitu  Perlis (8),” katanya. 

Hari ini merupakan 14 Syawal iaitu dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri disambut oleh umat Islam di seluruh negara dan sehingga semalam, 12 kluster komuniti (sub-kluster hari raya) berjaya dikesan melibatkan sebanyak tujuh buah negeri.

Seramai 2,541 telah disaring dan daripada jumlah itu, 470 positif kes COVID-19 dan satu telah disahkan meninggal dunia melibatkan Kluster Jalan Tahir Manan di Selangor. 

Dua kes di unit rawatan rapi (ICU) yang melibatkan Kluster Simpang Sahari di WP Labuan dan jumlah ini dijangka bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.