Vaksin untuk individu bawah 60 tahun dibuka esok

55

25 MEI: Kerajaan akan membuka tempahan slot pusingan kedua untuk mendapatkan vaksin AstraZaneca secara sukarela kepada golongan bawah 60 tahun ke bawah mulai jam 12 tengah hari, esok.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata langkah berkenaan diambil berikutan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) mendapati hanya 228,347 slot ditempah golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas yang diberikan keutamaan dalam pusingan kedua pemberian vaksin AstraZaneca mulai Ahad lalu.

Beliau berkata individu yang berada dalam senarai menunggu pemberian vaksin AstraZaneca dalam pusingan pertama akan dimasukkan secara automatik dalam pusingan kedua pemberian vaksin terbabit.

KHAIRY

“Oleh kerana slot tempahan AstraZaneca pusingan kedua bagi warga emas adalah dalam lingkungan kira-kira 228,000 dan diberikan beberapa hari khusus untuk warga emas mendaftarkan diri, maka CITF memutuskan bahawa untuk kemudahan tempahan suntikan vaksin AstraZaneca bagi pusingan kedua akan dibuka kepada orang ramai barusia bawah 60 tahun mulai jam 12 tengahari esok.

Bagaimanapun, kita masih memberikan keutamaan kepada warga emas untuk tempoh hari ini dan pagi esok. Kita akan terus memberikan keutamaan kepada warga emas untuk berbuat demikian dalam PICK menerusi janji temu diberikan untuk PPV biasa,” katanya dalam sidang media mingguan CITF bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di Putrajaya menerusi aplikasi Zoom sebentar tadi.

Terdahulu, Khairy menjelaskan selepas dua minggu kerajaan melaksanakan pemberian vaksin AstraZaneca seramai 133,326 individu telah divaksin.

Beliau berkata pemberian vaksin AstraZaneca untuk pusingan kedua ini akan membabitkan empat lagi PPV baharu, selain kemudahan sedia ada termasuklah Setia Spice Arena di Bayan Lepas, Pulau Pinang; Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di Johor Bahru; Pusat Konvensyen Borneo dan Institut Kemahiran Belia Negera (IKBN) Miri di Sarawak.

“PPVAZ IGCC Shah Alam sudah mula beroperasi dengan kapasiti 3,000 dos sehari sekali gus menjadi PPVAZ kedua terbesar selepas PWTC.

“Bagi pendaftaran slot tempahan AZ pusingan kedua, kita membuka sistem tempahan slot untuk vaksin di bawah Inisiatif pelawaan AZ mulai Ahad lalu buat keutamaan usia 60 tahun  ke atas sebagai usaha memberikan pelindungan kepada golongan berisiko. Sebanyak 1.26 juta dos diperuntukan untuk pusingan kedua berikutan perhantaran terkini diterima pada 21 Mei dan satu lagi penghantaran dari kemudahan COVAC akhir bulan ini.

“Daripada jumlah diterima kita sudah membuat agihan kepada semua PPVAZ di Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.