Kes COVID-19 naik sebab rentas sempadan ketika Aidilfitri

85

25 MEI: Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, mengesahkan pergerakan rentas sempadan daerah dan negeri sempena sambutan Hari Raya Adilfitri menjadi punca utama peningkatan kes COVID-19 sehingga mencecah melebihi 6,000 kes setiap hari sekarang ini.

Dr Adham berkata punca utama peningkat kes COVID-19 pada minggu lalu adalah kerana aktiviti dan pergerakan orang ramai sepanjang Ramadan dan Aidilfitri, pada minggu ke-19.

Malah, sehingga berkata, setakat semalam 40 kluster keagamaan dikenal pasti termasuk 19 kluster di Johor, Selangor (13) dan lapan kluster di negeri lain seperti Melaka, Negeri Sembilan serta Kelantan.

“Ketika ini kes kluster keagamaan direkodkan berdasarkan kes jangkitan yang berlaku sepanjang Ramadan dan pada hari raya.

“Kluster ini meningkat bergantung kepada pergerakan dan mobilisasi orang ramai. Jika kita dapat kurangkan mobilisasi bermakna lebih peluang untuk hidup, turunkan kadar kebolehjangkitan dan bendung COVID-19,” pada sidang media Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menerusi aplikasi Zoom  hari ini.

Dalam pada itu, Adham melahirkan kebimbangan mengenai peningkat jumlah kematian akibat COVID-19 yang mencecah kepada 333 kes sepanjang minggu lalu atau purata 48 kematian setiap hari iaitu peningkatan 59.3 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Beliau berkata secara purata jumlah kes pada minggu lalu adalah 5,541 kes sehari iaitu peningkatkan sebanyak 32 peratus berbandingan minggu sebelumnya.

“Untuk kes aktif kita merekodkan terdapat 47,600 kes aktif secara purata setiap hari pada minggu lalu iaitu peningkatkan 19.9 peratus berbading minggu sebelum.

“Kita juga merekodkan seramai 449,000 kes sudah pulih sepenuhnya 88.9 peratus kes sembuh, manakala kes kematian 333 jumlah direkod iaitu 48 kes kamtian sehari direkodkan iaitu peningktan 59.3 peratus,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Adham menafikan wad pesakit COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), mengalami gangguan dan sesak berikutan kemasukan pesakit cedera akibat kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC, malam tadi

Dr Adham berkata wad menempatkan pesakit COVID-19 di HKL tidak terganggu kerana peralatan perubatan diagihkan sebaiknya mengikut keperluan kes dan rawatan.

“Seperti dimaklumkan, 64 kes (penumpang cedera) dimasukkan ke wad di HKL, enam kes kritikal yang mana tiga kes memerlukan ventilator dan tiga mangsa berada di bilik pembedahan, lain-lain pesakit hanya perlukan rawatan di wad kecemasan dan surgikal.

“Wad COVID-19 di HKL masih tidak terganggu dan masih boleh menggunakan kemudahan peralatan perubatan yang ada. Ventilator sudah diagihkan kes tertentu di wad COVID, unit rawatan rapi (ICU) dan kritikal. Ini tidak mengganggu kegiatan biasa dan kegiatan merawat pesakit COVID di HKL,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.