800 individu ditahan ingkar SOP PKP semalam

7

24 MEI: Polis menahan 800 individu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata daripada jumlah itu 248 indvidu ditahan kerana tiada penjarakan sosial, 219 gagal merekodkan butiran diri/ daftar masuk premis, 133 tidak memakai pelitup muka, 61 tidak patuh arahan PKP, membawa penumpang berlebihan (13) dan lain-lain (26).

Beliau berkata mereka ditahan dalam operasi penguatkuasaan pematuhan SOP PKP dilakukan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan 3,696 Pasukan Pematuhan melibatkan seramai 16,112 anggota telah melakukan 68,069 pemeriksaan di seluruh negara, semalam.

“Pihak berkuasa juga menangkap 21 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas 12 buah kenderaan darat dalam Ops Benteng di seluruh negara, semalam.

“Sebanyak 182 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui lapan (8) aktiviti penglihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata seramai 755 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen
kuarantin di seluruh negara, semalam.

Katanya, secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 210,668 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 74 hotel dan 10 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 8,384 individu telah dikuarantin dan 200,146 orang dibenarkan pulang manakala 2,138 lagi dibawa ke hospital,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 697,199 pekerja warga asing telah
menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 36,048 majikan.

“Daripada jumlah itu, seramai 10,319 orang telah disahkan positif COVID-19 manakala 686,886 lagi adalah negatif. Sehingga kini, sebanyak 1,544 buah klinik telah terlibat dengan program saringan seperti diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Februari 2021,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.