Kes kematian menurun, jumlah pesakit di ICU meningkat

31

23 MEI: Angka kematian COVID-19 hari ini, menunjukkan sedikit pengurangan apabila merekodkan 49 kes, berbanding 50 kes, semalam, sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan kes itu sehingga kini adalah sebanyak 2,248 kes.

Namun, jumlah pesakit di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan peningkatan daripada 652 orang semalam kepada 681 orang, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata lebih separuh daripada jumlah pesakit di ICU terbabit, iaitu seramai 361 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Jumlah kes aktif COVID-19 adalah sebanyak 57,022 kes, setakat ini.

“Kes sembuh baharu pula, merekodkan 3,587 kes hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh adalah 452,821 kes,” katanya menerusi kenyataan dimuatnaik di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.