Kes baharu COVID-19 hampir cecah angka 7,000 hari ini

15

23 MEI: Kes baharu COVID-19 di Malaysia mencatatkan angka tertinggi sejak pandemik itu melanda negara apabila sebanyak 6,976 kes direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi lebih sebulan dengan 2,235 kes hari ini, diikuti Sarawak sebanyak 663 kes.

Katanya, Kelantan merekodkan sebanyak 626 kes baharu, manakala Johor (549), Kuala Lumpur (447), Negeri Sembilan (434) dan Kedah (422).

“Pulau Pinang merekodkan sebanyak 372 kes baharu, Perak (279), Terengganu (266), Pahang (263), Melaka (209) dan Sabah (136).

“Manakala, Labuan merekodkan 37 kes baharu, Putrajaya (30) dan hanya Perlis mencatatkan kes satu angka, iaitu 8 kes,” katanya menerusi kenyataan di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.