UMNO Lancar Tabung Muafakat Untuk Bantu Palestin

39

22 MEI: UMNO melancarkan Tabung Muafakat Palestin sebagai inisiatif terkini dalam usaha membantu Palestin yang berhadapan penjajahan dan kezaliman rejim Israel.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata nama muafakat dipilih sebagai melambangkan muafakat ahli UMNO dan rakyat Malaysia bagi membantu permuafakatan perjuangan negara berkenaan.

“Tabung Muafakat Palestin ini dikendalikan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan kami bertanggungjawab untuk menyampaikan derma berkenaan untuk manfaat rakyat Palestin. 

AHMAD

“Tabung Muafakat Palestin telah pun bermula pada Jumaat 21 Mei 2021 (semalam) menerusi no akaun 8604750523 CIMB Islamic di atas nama Tabung Muafakat Palestin,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad memaklumkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan UMNO bersetuju untuk tabung ini ditubuhkan.

“Presiden UMNO menyebut bersamalah kita menderma untuk perjuangan, kebajikan, pendidikan, pembangunan dan permuafakatan rakyat Palestin. Jika tidak banyak, maka berdermalah seberapa ikhlas yang anda mampu.

“Sebelum ini UMNO pada tahun 2019 sudah melancarkan tabung untuk dana aktivitinya termasuklah boleh digunakan bagi bantuan mangsa banjir, bencana, kini memerangi Covid-19 dan seumpamanya. 

“Dana itu ialah UMNO – Tabung Perjuangan 8603257266 (CIMB Islamic Account). Terima kasih atas segala sumbangan anda,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.