Gaza perlu bantuan pulih semula ekonomi

50

22 MEI: Genjatan senjata di Palestin yang berkuat kuasa semalam setelah 11 peperangan berlangsung meninggalkan banyak kerosakan sekali gus menjejaskan ekonomi dan kehidupan rakyat di Gaza.

Menteri permuahan Gaza berkata pada Khamis, sebanyak 16,800 unit rumah rosak termasuk 1,800 unit tidak boleh diduduki dan 1,000 musnah sama sekali.

Penduduk dijangka hanya mendapat bekalan elektrik selama tiga hingga empat jam sehari berbanding 12 jam sebelum peperangan berlaku, kata Mohammad Thabet, jurucakap pusat pengagihan elektrik di Semenanjung Gaza.

Pejabat media Hamas menganggarkan sebanyak AS$40 juta kerugian yang ditanggung di Gaza akibat kemusnahan kilang-kilang dan kawasan zon industri selain AS$22 juta kerugian dalam sektor tenaga.

Menteri pertanian Gaza menganggarkan kerugian sekitar AS$27 juta membabitkan bidang pertanian di Gaza termasuk tanah dan ladang ternakan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pasukan bantuan kemanusiaan menyatakan rakyat Palestin berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih yang terhad.

“Banyak keluarga di Gaza dan kakitangan kami memberitahu tentang kesulitan mendapatkan bekalan air bersih.

“Ketika ini, keperluan asas dan bekalan elektrik terhad sekali gus menyukarkan kerja-kerja kemanusiaan,” kata Jason Lee, pengarah negara kumpulan Save the Children.

UNRWA, agensi kemanusiaan PBB untuk Palestin, melancarkan tabung rayuan pada Khamis untuk bantuan tambahan sebanyak AS$38 juta bagi menampung kos usaha-usaha kemanusiaan di Gaza dan di Tebing Barat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.