Agong dilantik sebagai Ahli Kehormat FIH

37

22 MEI: Usaha gigih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam mengembangkan sukan hoki mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dilantik sebagai Ahli Kehormat Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Perlantikan itu diumumkan dalam persidangan yang diadakan secara maya #HockeyInvites pada Jumaat.

“Seri Paduka Baginda, Sultan Abdullah Ahmad Shah yang merupakan Penaung Diraja Persekutuan Hoki Asia (AHF) telah memulakan usaha ke arah pembangunan semula sukan hoki di Asia.

“Seri Paduka Baginda juga berjanji akan meningkatkan status hoki sebagai sukan yang hebat dan simbolik di pentas Asia dan global,” menurut artikel di laman web FIH.

Selain Sultan Abdullah, pelbagai persatuan kebangsaan hoki di seluruh dunia dan individu turut diiktiraf oleh badan hoki itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.