12 lelaki dikompaun solat berjemaah

29

22 MEI: Seramai 12 lelaki termasuk seorang warga asing dikompaun selepas berkumpul dan menunaikan solat berjemaah di sebuah premis di Nilai semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota polis bersama penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di premis itu kira-kira jam 1.30 petang mendapati perbuatan itu melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Semasa serbuan dilakukan, terdapat seramai 12 lelaki termasuk seorang lelaki warga Indonesia sedang berkumpul menunaikan solat secara berjemaah di ruangan premis tersebut.

“Mereka juga melakukan kesalahan berkumpul di dalam premis, tidak memakai pelitup muka serta gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ di premis atau menulis secara manual,” katanya dalam kenyataan.

“Jumlah kompaun yang boleh dikenakan sebanyak RM1,500 hingga RM4,000 setiap seorang,” katanya.

Tambahnya, kesemua mereka dikenakan kompaun di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai terus kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan SOP yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.