STAR alu-alukan cadangan jemput Warisan sertai PN

32

21 MEI : Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengalu-alukan cadangan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk menjemput Parti Warisan Sabah (Warisan) menjadi sebahagian gabungan dalam Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, beliau tiada masalah dan menyokong penyertaan Warisan ke dalam gabungan PN.

“Saya sokong, tiada masalah. Saya tiada sebarang masalah kerana lebih banyak gabungan Sabah itu lebih baik, kenapa tidak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili semalam yang menjemput Warisan mempertimbangkan kerjasama politik dengan PN sama ada sebagai ahli atau rakan kongsi PN.

Mengulas lanjut, Jeffrey berkata, STAR menjemput sesiapa sahaja untuk menyertai PN termasuk Warisan.

“Ini kerana Warisan juga mempunyai wakil rakyat, mereka mahu berkhidmat di kawasan, jadi kenapa tidak kita berkhidmat bersama-sama.

“Saya terbuka, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terbuka, kami ada perbincangan sebenarnya malah ketua menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) pun terbuka,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.