AGC putuskan tidak dakwa Neelofa kesalahan rentas negeri

120

21 MEI: Pejabat Peguam Negara yang membuat keputusan muktamad sama ada pasangan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail akan didakwa di mahkamah atau tidak berhubungan kesalahan merentas sempadan negeri kerana pergi ke Nilai 3, Negeri Sembilan, untuk membeli permaidani, pada 2 Mei lalu.  

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. RahmanKetua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, polis sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, Mohd Fazley berkata, selepas kajian dilakukan Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap pasangan selebriti berkenaan berhubung kes rentas sempadan.

“Kajian dan keputusan telah dibuat oleh AGC berdasarkan keterangan yang ada,” katanya dalam satu kenyataan.

Fazley berkata demikian mengulas mengenai kes rentas negeri ke Nilai pada 2 Mei lalu melibatkan Neelofa dan suaminya, PU Riz  yang tidak didakwa di mahkamah.

Perkara tersebut menimbulkan persoalan daripada netizen dan masyarakat apabila tiada pihak tampil menjelaskan isu Neelofa dan suaminya yang dipercayai merentas negeri dan berada di sebuah premis menjual karpet di Nilai 3.

Video pasangan itu ke premis berkenaan dikongsikan Neelofa di Instagram Story miliknya sebelum dipadamkan.

Media, semalam, media melaporkan Neelofa dan suaminya, PU Riz, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mahkamah Majistret 2 Seremban, Negeri Sembilan.

Neelofa menghadapi satu pertuduhan manakala PU Riz, dua pertuduhan di bawah Peraturan-Peraturan – Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam

Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Pemulihan) (No. 3) (Pindaan) (No. 16) 2021 (2) 2021.

Neelofa menghadapi pertuduhan kerana gagal mematuhi SOP PKPB kerana gagal membuat imbasan menggunakan aplikasi MySejahtera atau menulis kehadirannya secara manual di sebuah kedai permaidani di Nilai 3, kira-kira 4 petang, pada 2 Mei lalu.

Pu Riz pula menghadapi dua pertuduhan iaitu gagal mengimbas aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam di lokasi sama.

Bagaimanapun, Neelofa dan PU Riz tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Mahyun Yusoff dan minta dibicarakan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.