UTHM tangguh kemasukan semula pelajar

46

20 MEI: Selepas Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menangguhkan kemasukan semula pelajarnya, susulan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengambil pendekatan sama sebagai langkah membendung penularan pandemik itu yang semakin membimbangkan.

Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM, berkata, penangguhan itu dilaksanakan bermula 12 Mei sehingga 7 Jun ini, selaras prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun ini.

Susulan itu, katanya, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar Universiti berkenaan dijalankan secara dalam talian sepenuhnya bagi semua peringkat pengajian sepanjang tempoh terbabit.

“Penangguhan kemasukan semula pelajar sehingga 7 Jun ini, membabitkan pelajar yang akan pulang ke kampus induk Parit Raja dan kampus cawangan Pagoh.

“Selain itu, perkara ini tertakluk kepada sebarang pengumuman daripada pihak kerajaan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu berkata, pengecualian sesi PdP hanya diberi kepada pelajar penyelidikan yang perlu menggunakan fasiliti makmal, bengkel dan studio secara individu saja dan tidak berkumpulan.

“Kita berharap semua pihak sentiasa mematuhi SOP pencegahan COVID-19 bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.