KDN nafi kompaun RM5,000 jika keluar selepas 10 malam

71

19 MEI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan kompaun sebanyak RM2,000 hingga RM5,000 akan dikenakan kepada individu yang berada di luar rumah melebihi had waktu ditetapkan sepanjang pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berkata, dakwaan tular mengatakan prosedur operasi standard (SOP) had masa berada di luar rumah sehingga jam 10 malam akan dikuatkuasakan juga adalah palsu.

Katanya, KDN menggesa orang ramai berhenti menyebarkan mesej palsu itu bagi mengelak kekeliruan dan kebimbangan masyarakat.

“KDN menafikan kesahihan mesej tular mendakwa kompaun sebanyak RM2,000 sehingga RM5,000 mengikut jenis kesalahan akan dikenakan kepada individu yang berada di luar rumah atau premis melebihi had masa ditetapkan tanpa alasan munasabah, seperti tular di media sosial,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sejak Isnin lalu, tular mesej mendakwa SOP PKP had masa akan mula dikuatkuasakan yang menyaksikan individu berada di luar rumah atau premis melebihi jam 10 malam tanpa alasan munasabah, akan dikenakan kompaun mengikut Akta 134.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.