COVID-19: Zon hijau sudah tiada di Semenanjung Malaysia

29

19 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM), memaklumkan sudah tiada zon hijau direkodkan di Semenanjung Malaysia, susulan peningkatan kes baharu COVID-19, sejak awal Mei.

Menerusi maklumat dimuat naik KKM di Twitter, 10 daerah dikategorikan sebagai zon kuning, iaitu Kangar, Perlis; Padang Terap dan Sik di Kedah; Gua Musang, Kelantan; Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu; Maran dan Cameron Highlands di Pahang; Mesing, Johor serta Perak Tengah, Perak.

Lapan daerah pula dikategorikan sebagai zon jingga, iaitu Kampar, Perak; Langkawi, Kedah; Marang, Terengganu; Bera, Lipis dan Rompin di Pahang serta Jelebu dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

Selain daerah zon kuning dan jingga terbabit, semua kawasan lain di Semenanjung Malaysia dikategorikan sebagai zon merah.

Bagaimanapun, KKM memaklumkan masih terdapat 13 zon hijau di Sabah dan Sarawak.

Zon itu adalah Asajaya, Simunjan, Kabong, Marudi dan Telang Usan di Sarawak, manakala Tambunan, Kudat, Nabawan, Pitas, Kuala Penyu, Tongod, Telupid serta Beluran di Sabah.

Sembilan daerah pula dikategorikan sebagai zon merah di Sabah dan sebanyak 26 di Sarawak.

Pemantauan dibuat berdasarkan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia bagi tempoh 5 Mei sehingga 18 Mei 2021,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.