COVID-19:Timbalan Pengerusi Tetap UMNO kritikal di ICU

268

18 MEI: Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, 
Datuk Seri Rizuan Abd Hamid yang disahkan positif COVID-19, kini dilaporkan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada media tempatan, hari ini.

“Maklumat tentang Datuk Seri Rizuan Abd Hamid dijangkiti COVID-19 itu benar. Statusnya di ICU juga benar,” katanya.

Ahmad bagaimanapun tidak mempunyai maklumat mengenai keadaan kesihatan isteri Rizuan, Tan Sri Madinah Mohamad yang turut menerima rawatan di ICU pusat perubatan sama.

Ketua UMNO Bahagian Kepong itu disahkan dijangkiti COVID-19 selepas menerima keputusan ujian saringan pada 1 Mei lalu, sebelum dikuarantin pada 3 Mei di PPUM dan dipindahkan ke ICU pada hari sama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.