Polis rekod Yusof Azmi, protes di Kedutaan AS

62

18 MEI: Polis merekod keterangan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi hari ini bagi membantu siasatan berhubung himpunan protes tindakan serangan Israel terhadap Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Yusof bersama seorang lagi rakannya dikenali sebagai Hishamuddin Hashim telah hadir untuk memberi keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju kira-kira jam 12 tengah hari.

“Kedua-dua mereka selesai diambil keterangan oleh Pegawai Penyiasat kira-kira jam 2.30 petang.

“Beberapa individu lain yang telah dikenal pasti juga akan turut dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 Dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Semalam, peserta himpunan itu hadir kira-kira jam 2 petang bagi menyerahkan memorandum namun pihak kedutaan AS enggan menerimanya.

Tindakan sekumpulan individu yang berkumpul di kedutaan berkenaan adalah bagi melepaskan geram terhadap isu Israel dan Palestin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.