Kongres DAP Kebangsaan ditangguh berikutan PKP 3.0

22

18 MEI: Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook, mengesahkan Kongres Kebangsaan DAP yang dijadualkan pada 20 Jun depan terpaksa ditangguh ke satu tarikh yang bakal ditetapkan.

Menurut satu kenyataannya hari iniSiew Fook berkata penangguhan itu terpaksa dibuat setelah mengambil kira penularan kes wabak COVID-19 yang sangat tinggi ketika ini dan serta mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

“Ibu Pejabat Kebangsaan DAP telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 17 Mei 2021 untuk memohon menundakan tarikh Kongres Kebangsaan DAP.

“Turut ditangguhkan ialah Konvensyen Biasa Negeri DAP untuk Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Perlis dan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.