Khairy Bantu Orang Ramai Isi Borang Vaksin 

19

18 MEI: Walaupun bergelar seorang Menteri Sains, Khairy Jamaluddin dilihat sanggup berlutut demi membantu membantu orang ramai mengisi borang di Pusat Pemberian Vaksin di World Trade Centre (WTC) di ibu negara.

Dalam satu gambar yang dirakamkan pembaca China Press, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kelihatan tekun mengisi borang dalam keadaan bertelut di depan meja kerana kekurangan kerusi.

Akhbar itu melaporkan Khairy menawarkan bantuannya untuk melancarkan proses pendaftaran selepas melihat barisan di salah satu kaunter bergerak dengan perlahan.

Selain Khairy, dalam satu gambar berlainan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Chong Chee Keong juga kelihatan tekun memberi bantuan di barisan hadapan.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Petugas Khas Imuniti COVID-19 (CITF), berlaku kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin di WTC kerana terdapat orang yang mencuba nasib di situ walaupun tidak mempunyai temujanji suntikan vaksin.

Selain itu, terdapat juga orang yang pergi ke pusat itu lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.