Israel Sekat Bahan Api Ke Stesen Janakuasa Gaza

14

18 MEI: Pihak berkuasa Israel telah menyekat penghantaran bahan api ke stesen janakuasa Gaza, kata Ketua Jawatankuasa Koordinasi untuk kemasukan barang di Semenanjung Gaza, Raed Fattouh.

Fattouh memaklumkan media tempatan semalam melaporkan, pihak berkuasa Israel telah memberi lampu hijau untuk tidak membenarkan penghantaran bahan api yang dibeli dari Qatar ke Gaza, yang mengalami kekurangan tenaga elektrik terutamanya dengan konflik Palestin-Israel terus meruncing.

“Pihak berkuasa Israel hari ini tidak membenarkan pengangkutan bahan api untuk loji janakuasa di Semenanjung Gaza melalui pusat pemeriksaan Kerem Shalom,” kata Fattouh kepada Agensi Berita Sputnik.

Terdahulu, media melaporkan syarikat pengedaran elektrik di Gaza dijangka kehabisan bahan api dalam dua hingga tiga hari lagi, selain pertempuran dan serangan udara yang telah merosakkan talian penghantaran tenaga.

Banyak kediaman di Semenanjung Gaza hanya mendapat tenaga elektrik selama beberapa jam kerana sekatan di pusat pemeriksaan Kerem Shalom menghalang penghantaran bahan api itu ke Gaza.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.