COVID-19: Kes kematian hampiri 2,000 orang

30

18 MEI: Jumlah kematian akibat COVID-19 di Malaysia menghampiri angka 2,000 selepas 47 lagi pesakit meninggal hari ini iaitu tertinggi setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan 47 kes kematian itu jumlah mangsa yang meninggal akibat COVID-19 di Malaysia sekarang menjadi 1,994 kes atau 0.42 peratus daripada bilangan keseluruhan sebanyak 479,471 kes.

Beliau berkata bilangan kes baharu positif harian COVID-19 iaitu 4,865 kes mengatasi kes sembuh hari ini, 3,497 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sekarang ialah 432,600 atau 90.23 peratus.

“Jumlah kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) pula kekal 531 pesakit termasuk 277 memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 47 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor, Sarawak (5), Pulau Pinang (5), Johor (4), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4), Kelantan (4), Perak (3), Pahang (92) serta masing-masing satu kes di Kedah dan Negeri Sembilan,” katanya.

Terdahulu, Dr Noor Hisham,  berkata Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi dengan 1,743 kes dilaporkan.

Katanya, negeri lain turut mencatatkan kes tinggi hari ini iaitu Sarawak dengan 512 kes diikuti Kuala Lumpur (477), Johor (407) dan Kelantan (406).

“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dan hanya tiga negeri mencatatkan kes satu angka iaitu Putrajaya dengan sembilan kes, enam di Labuan dan dua di Perlis,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.