BERSATU Johor tidak bergolak – Dr Sahruddin

26

18 MEI: Dakwaan bahawa berlaku pergolakan parti susulan peletakan jawatan Pengerusi Srikandi Muda Johor, Nur Najihah Abdul Halim adalah tidak benar.

Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamil, berkata Srikandi Muda adalah biro di bawah Srikandi Johor yang juga sayap BERSATU, selain Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

“Jika perlu distrukturkan semula Srikandi Muda tiada masalah kerana Srikandi Muda adalah biro di bawah sayap Srikandi.

“BERSATU memiliki dua sayap, iaitu Srikandi dan Armada,” katanya kepada media tempatan.

Nur Najihah Abdul Halim menerusi satu kenyataan, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Srikandi Muda Negeri Johor dan Bahagian Johor Bahru, berkuat kuasa kelmarin.

Langkah itu didakwa diambil selepas pemimpin wanita terbabit mendakwa pihak kepimpinan tertinggi Srikandi Johor tidak mempunyai kepercayaan terhadapnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.